Saturday 21 March 2015


HATI YANG SEDIH..




Thursday 12 March 2015

Assalamualaikum..

Ini adalah sedikit latihan dan ulangkaji mengenai 2 bab yang telah kita belajar.

 فيليه دان تنداكن (  √ ) فد جواقن يغ بتول.
ادب سبلوم تيدور اياله _________ 1.
    ا . مغمس تمقت تيدور (  )  ب. مغمبيل وضوء  (  )  ج. ممبرسيه ديري  (  )                                                      
2. سبلوم تيدور كيت هندقله ________
    ا. ممباج بوكو           (  )  ب. ممباج دعاء      (  )  ج. ممباج مجاله     (  )

3. كيت دسونتكن مغمبيل _________ سبلوم تيدور.
    ا. وضوء                 (  )  ب. كامبر             (  )  ج. ما كنن            (  )

4. قيليه الت مندي __________
    ا. سابون                  (  )  ب. ممباج بسمله    (  )  ج. اوبت كيكي       (  )

5. تيدق ممبازير أير اداله ___________ .
   ا. ادب ماكن               (  )  ب. ادب تيدور      (  )  ج. ادب مندي        (  )

6. كيت هندقله ممباج _________ سبلوم مندي.
    ا. الحمد لله               (  )   ب. سبحان الله      (  )  ج. بسم الله            (  )

7. كيت مستي ممبروس كيكي ________ .
   ا. سلقس ماكن           (  )   ب. سلقس صلاة    (  )  ج. سلقس مندي      (  )

8. قيليه كلبيهن مندي دان برسوكي _________ .
   ا. منداقت قوجين       (  )   ب. منداقت هاديه   (  )   ج. منداقت قهالا     (  )


ADAB-ADAB BERSUGI

1. Menggunakan tangan kanan.

2. Mula dari sebelah kanan mulut.

3. Gosok gigi perlahan-lahan.

4.Menggunakan berus gigi sendiri.



Alat-Alat Yang Digunakan Untuk Bersugi


Berus Gigi

Kayu Sugi

Ubat Gigi
Assalamualaikum.. 
Apa khabar murid-murid semua.
Hari ini kita nak belajar tajuk Akhlak yang baru iaitu

ADAB MANDI DAN BERSUGI

" Islam Mengutamakan Kebersihan "

Adab-adab mandi :

1. Membaca Basmalah.



2. Memakai Kain Basahan.



3. Tidak Membazir Air.



4. Mandi di Tempat yang Tertutup.



5. Tidak Menyanyi dan Bercakap-cakap.



6. Lap Badan dengan Tuala yang Bersih



ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MANDI :

Span


Sabun




Syampu


Tuala

Sunday 8 March 2015


video adab tidur.



mari kita baca sama-sama..

Saturday 7 March 2015

TUJUAN MENJAGA ADAB TIDUR

1. Mendisiplinkan diri kita.

2. Merehatkan badan kita.

3. Menjaga Kesihatan

4. Mengikut Sunnah Nabi


FAEDAH MENJAGA ADAB TIDUR

1. Dapat menumpukan perhatian ketika belajar.

2. Diberkati Allah.

3. Cerdas otak.

4. Menepati masa.


ADAB BANGUN TIDUR

Murid-murid..

Selepas bangun tidur kita perlu membaca doa bangun tidur iaitu




Kenapa kita perlu baca doa sebelum tidur ni???

jeng.. jeng.. jeng..

kerana ia menunjukkan bahawa kita bersyukur kepada Allah kerana telah memberi peluang untuk bernafas dan melihat keindahan di muka bumi ini lagi.

Alhamdulillah.

seperti juga sebelum tidur, selepas tidur ada adab-adab yang perlu kita amalkan selepas membaca doa bangun tidur tadi iaitu :

1. MENGEMAS TEMPAT TIDUR



2. MEMBERUS GIGI


3. MEMBERSIHKAN DIRI


selepas siap semuanya baru lah kita boleh melakukan kerja lain yang sepatutnya.

"Setiap hari adalah satu permulaan baru yang menyeronokkan dan penuh dengan cabaran"

take care =)